DAP terima muslim, tidak Islam

subky
- Advertisement -

TIADA masalah bagi DAP menerima orang Islam sejak ia ditubuhkan, tetapi ia tiada terima dasar dan isu Islam barang sekelumitpun.

- Advertisement -

Sikap itu samalah dengan Umno Dato Onn. Ia sekadar parti orang Melayu-Islam. Islamnya atas semangat agama, bangsa dan tanah air. Isu Islam ia tidak main. Ada orang mati atas isu Natrah yang dimurtadkan, Umno tidak kisah. Ia mendorong ulama Umno menubuh PAS.

PAS bersama DAP membentuk Pakatan Rakyat. Bagaimana PAS bersama DAP sedang ia dipersepsi anti-Islam? Ramai ahli tawakuf dengan PAS. PAS bersamanya kerana Allah bagi menyampaikan dakwah.

Mengapa tidak bersama Umno demi dakwah. PAS pernah bersama Umno membentuk BN demi dakwah, justerunya Umno tendang PAS.

Dasar tidak anti-muslimnya DAP terbuka kepada orang Melayu. tidak ramai Melayu menyertainya kerana persepi ia anti-Islam.

Sepanjang ada orang Melayu yang kedudukannya dalam masyarakat Melayu tidak ketara, menyertai DAP dan jadi calon DAP. Status Islam Melayu DAP itu tidak ketara. Mereka boleh masuk DAP, tinggalkan Islam di pagar pejabat DAP sama seperti Mufti atau majlis agama minta PAS tinggalkan politik di pagar masjid.

Saya tidak mahu kata DAP anti-Islam kerana ia mesra dengan orang Islam. Tetapi selama bersama dengan DAP, PAS tidak boleh bawa dan bincang Islam kerana ia tidak sebahagian dari persetujuan. DAP bukan sekadar tolak bincang Islam dengan PAS, tetapi ia tidak setuju PAS bincang Islam dengan Umno.

Ia isyarat DAP tidak kompromi dengan Islam. Apakah itu dasar, anti atau fobia? Tiada pengecualiannya dengan Islam melainkan mahu dan menerima muslim masuk DAP.

PAS berpisah dengan Umno semasa zaman Dato Onn dan di awal pembentukan BN kerana dakwah PAS tidak diterima, dan tiada guna sebantal bersama DAP bila pintu dakwah ditutup. Buang masa bersamanya selagi ia tidak selari dengan Islam.

Tetapi mengapa orang Islam masuk DAP? Kerana ia satu peluang makan gaji. Bagi yang tiada pekerjaan, mereka mendapat upah atas kerjanya dengan DAP. Bekerja dengan DAP ada peluang jadi calon. Dalam keadaan tertentu jadi calon di kawasan bukan Melayu dia berpeluang menang.

Jika dia jadi calon PAS, dia belum tentu menang. Kerana DAP memerlukan calon Melayu, orang Melayu yang bertuah jadi calon dan jika DAP beroleh majoriti, seorang Islam yang jadi YB boleh jadi Menteri Besar.

Seenivasagam yang memimpin PPP sebelum 13 Mei mencalonkan Samsudin Harun. Politik ini PPP membentuk kerajaan dengan seorang YB Islam di tengah lain-lain yang tidak Islam. Malang PPP menang 12 Dun, seorang Adun Melayu. Jika PPP dapat majoriti, Samsudin Harun yang seorang itulah Menteri Besarnya.

Dalam Umno dan PAS belum tentu depa dicalonkan dan jauh sekali menjadi Menteri Besar. Tetapi DAP memerlukan seorang Melayu, maka berebutlah orang Islam masuk DAP moga-moga dapat jadi ia wakil rakyat dan berpeluang jadi Menteri.

Keyakinan pada parti itu tidak diketahui, tetapi DAP boleh dijadi sumber cari rezeki dan jika tuah baik, senang jadi YB dan berkemungkinan jadi MB. Jika tidak tercapai, pilihan raya yang lain ada lagi orang lain pula makan gaji dari DAP.

Saya kenal peguam Melayu masuk DAP. Katanya, ini saja dia ada peluang jadi MB. Saya sangka Aziz Bari calon MB Selangor. Rupanya calon MB Perak. – HARAKAHDAILY 8/5/2018

- Advertisement -