Undi PAS dapat pahala?

- Advertisement -

YA, saya sangat yakin bahawa setiap benda baik yang kita buat ada ganjaran pahala. Undi PAS bermakna kita pilih pemimpin yang terbukti tak rasuah. Tak munasabah jadi berdosa.

- Advertisement -

Undi PAS bermakna kita pilih pemimpin yang menyebabkan berkuburnya Sports Toto di Kelantan dan Terengganu. Yang tinggal hanya Toto Narita. Berdosa ke?

Undi PAS menyebabkan lulusnya Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Boleh pahalakan bila kita daulatkan hukum Allah.

Undi PAS menyebabkan Tol Jambatan Sultan Mahmud tinggal kenangan. Automatik meringankan beban rakyat. Tentu dapat pahala bila kita bantu ringankan beban sesama kita.

Undi PAS menyebabkan peniaga wanita di Kelantan wajib tutup aurat. Peniaga selamat dari dosa, pelanggan pun selamat. Selamat dari dosa maknanya dapat pahala.

Kawan-kawan tolong tambah apa lagi yang dapat dengan undi PAS. Walaupun kita tak dapat projek dan kontrak. Acu royat hok mana boleh dosa. Hidup kita tak lepas dari hitungan dosa dan pahala. Buatlah apa pun.

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat
N.05 Jabi – HARAKAHDAILY 6/5/2018

- Advertisement -