‘Roadmap’ PAS lengkap bina negara sejahtera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, PAS memiliki rancangan masa panjang bagi membentuk Malaysia Sejahtera.

- Advertisement -

Katanya, pelan-pelan tersebut didokumenkan dalam Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) dan Manifesto Malaysia Sejahtera (MMS).

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Menurut beliau, WINS 2051 merupakan sebuah model baru yang dicetuskan PAS untuk dijadikan panduan asas dalam mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip Islam dalam realiti moden.

Beliau menjelaskan MMS adalah tawaran komprehensif yang diberikan PAS untuk menjadikan Malaysia kekal kompetitif terutamanya untuk membetulkan struktur ekonomi Malaysia

Terang beliau, MMS memiliki 9 teras, 20 tawaran utama dan 84 tawaran untuk 12 kelompok masyarakat.

Tingkat pendapatan dan kuasa beli rakyat. Kamaruzaman menyebutkan bahawa melalui MMS PAS akan merangka kembali ekonomi rakyat.

Antara elemen penting yang disebutkan beliau adalah:

1.     Menghapuskan cukai GST dan menukarkannya kepada cukai yang lebih adil dan komprehensif.

2.     Memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah secara percuma bagi meringankan beban ibu bapa yang berkeluarga.

3.     Memperkenalkan bantuan makanan asasi kepada fakir miskin.

4.     Memperkenalkan bantuan modal niaga RM 2,000 kepada para wanita yang ingin bekerja dari rumah.

5.     Melupuskan hutang pinjaman PTPTN bagi membolehkan pendidikan percuma kepada semua pelajar.

6.     Memperkenalkan bantuan pinjaman tanpa faedah untuk kereta pertama 1,300cc dan ke bawah kepada seluruh rakyat Malaysia.

7.     Mengurangkan harga rumah mampu milik kepada hanya RM 50,000 sehingga RM 180,000.

8.     Mengkaji dan menstruktur semula kadar tol bagi konsesi-konsesi yang berkenaan

Pertumbuhan ekonomi sekiranya Gagasan Sejahtera memerintah Malaysia

Menurutnya, PAS menganggarkan pertumbuhan negara dengan unjuran sekitar 5.5 peratus hingga 6 peratus bagi tahun 2018 sekiranya dilaksanakan pakej Solusi Gagasan Sejahtera.

Katanya, sektor pembinaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi sekiranya Gagasan Sejahtera diberikan mandat dengan unjuran pertumbuhan di antara 8 peratus hingga 8.5 peratus.

Beliau juga menjelaskan bahawa pertumbuhan ekonomi juga dijana oleh penggunaan domestik yang dijangka tumbuh lebih 5 peratus hasil daripada tawaran yang dimuatkan dalam Manifesto Gagasan Sejahtera

Tambahnya, kadar inflasi akan dikawal supaya tidak melebihi 3 peratus supaya pendapatan dan kuasa beli rakyat kekal selesa.

Beliau menerangkan unjuran yang dibuat oleh Gagasan Sejahtera ini disokong oleh nilai ringgit yang dilihat akan menjadi lebih kukuh berdasarkan Sentiment Global terhadap peningkatan harga minyak yang akan memberi kesan kepada USD.

Menurutnya, kawalan OPEC (Organization Of The Petroleum Exporting Countries) dan sekatan baru Amerika Syarikat terhadap Iran dijangka akan menambahkan lagi tekanan terhadap harga minyak global. – HARAKAHDAILY 6/5/2018

- Advertisement -