Isteri Tok Guru minta pertahan PAS

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: “Dulu hanya ada dua pilihan, sekarang sudah ada tiga. Walau berapa calon sekali pun yang bertanding, ingat kita wajib memilih calon PAS.

- Advertisement -

“Ini penting untuk mengekalkan Kerajaan Kelantan,” kata isteri Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Beliau berkata, rakyat Kelantan khususnya di Dun Chempaka diingat mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Katanya, ia selaras sebagaimana pesanan almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa berpesan teruskan perjuangan selepas beliau tiada.

“Saya orang yang paling rapat dengannya. Dalam tempoh 53 tahun bersama almarhum sentiasa mendengar nasihat yang baik-baik.

“Almarhum sering berpesan teruskan perjuangannya setelah beliau tiada,” katanya pada Ceramah Kelompok di Kampung Tok Sadang, dekat sini hari ini.

Tuan Sabariah mula turun padang berkempen tiga hari lepas di Dun Chempaka dengan ditemani anak kelapannya Nik Amani Nik Abdul Aziz.

Seorang lagi anaknya, Nik Omar dicalonkan Pakatan Harapan (PH) di Dun Chempaka bagi menentang calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Manakala Nik Abduh membawa misi ditinggalkan Tok Guru bagi mempertahankan kerusi PAS Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ini. – HARAKAHDAILY 5/5/2018

- Advertisement -