PAS optimis menang semua kerusi di Bukit Gantang

syahir
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, parti itu yakin untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

- Advertisement -

Katanya, mood rakyat sekarang menyebelahi PAS terutama apabila PAS mengetengahkan permasalahan yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat seperti kos sara hidup dan penghapusan hutang PTPTN.

Beliau menjelaskan berkaitan beberapa usaha berkaitan peletakan harga lantai bagi getah dan durian yang diperjuangkan beliau buat para penduduk di Bukit Gantang di Parlimen.

Beliau juga telah membawa isu peniaga di R&R yang perlu membayar cukai tiga peratus kepada PLUS.

“Tahun pertama dia (PLUS) dapat collect 2.3 juta. Tahun kedua dia dapat collect 2.4 juta daripada tiga peratus saja,” ujar beliau pada sidang media, semalam yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook.

Katanya, PLUS juga meletakkan jualan sasaran yang mesti dicapai oleh setiap peniaga.

Terang beliau, dengan cara sebegini PLUS sudahpun mendapat keuntungan awal dengan meletakkan jualan sasaran tersebut

“Bayaran untuk sewa lain, elektrik lain, air lain. Ini tiga peratus yang terpaksa dibayar oleh peniaga,” ujar beliau.

Ustaz Idris bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen Bukit Gantang yang dimenanginya pada PRU13 lalu.

Turut bersama dalam sidang media tersebut adalah calon bagi kerusi Dun Kuala Sepetang, Haji Rahim Ismail, calon bagi kerusi Dun Changkat Jering, Ustaz Mohd Nordin Jaafar dan calon bagi kerusi Dun Trong, Ustaz Muhd Faisal Abd Rahman. – HARAKAHDAILY 5/5/2018

- Advertisement -