‘Betul ke PKR hendak tumbang BN’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sekiranya benar kesungguhan PKR mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya parti itu mengarah penyokongnya tidak menyokong calon BN di tempat yang mereka gagal bertanding.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga sekarang belum kedengaran ada arahan supaya penyokongnya tidak mengundi BN.

“Saya hendak tanya Dato’ Seri Dr Wan Azizah di tempat calon mereka yang tidak layak bertanding adakah hendak sokong BN atau PAS.

“Sepatutnya diarah penyokong mereka memberi sokongan kepada PAS untuk tumbangkan BN,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini.

Di Kelantan dua calon PKR tidak layak bertanding iaitu di Dun Kuala Balah kerana calonnya Dr Hafidz Rizal Amran dikatakan bankrap.

Manakala di Tawang calon PKR, Azihan Mat Seman didapati kad pengenalan alamat di luar Kelantan.

Tuan Ibrahim juga menafikan kenyataan Presiden PRK yang mendakwa PAS menarik diri bertanding di Dun Rantau di Negeri Sembilan.

Kataya, PAS sejak awal lagi tidak menyenarai Dun itu untuk ditandingi.

Katanya, sesuatu Dun atau parlimen yahg hendak ditanding PAS dibuat berdasar analisa dalam segenap aspek.

Pada penamaan calon Sabtu lepas calon Pakatan Harapan tidak dibenar masuk ke tempat penamaan calon kerana tidak mempunyai kad SPR sehingga memberi kemenangan percuma kepada calon BN. – HARAKAHDAILY 4/5/2018

- Advertisement -