Sokongan padu rakyat menangkan PAS Kedah

- Advertisement -
SIK: Sokongan padu rakyat di seluruh pelusuk negeri menjadikan sasaran PAS untuk kembali mentadbir Kedah daripada PRU14 ini akan dapat dicapai.
 
Calon PAS N.24 Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kemenangan PAS di Kedah tidak mustahil berulang semula kerana sememangnya PAS pernah berlaku.
 
Bagi mencapai misi tersebut ujarnya, Dun Jeneri tersebut menjadi salah satu kerusi yang wajib dimenangi agar dapat mengambil alih semula negeri daripada Umno-BN.
 
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata demikian ketika menyantuni pengundi dan turun bersarapan di Kampung Hujung Bandar, di sini hari ini.
 
Dalam rutin yang dilakukan pimpinan PAS Kawasan Sik di luar waktu pilihan raya itu juga turut menziarahi penduduk warga emas dan sakit di situ.
 
Bersama mengiringi beliau pada sesi memperkenalkan calon itu adalah Bilal Masjid Ar-Ridwan Hujung Bandar, Ustaz Ismail Ibrahim dan Ketua UPU Hujung Bandar, Mustafa Ayob.
 
Selain Sanusi, PAS turut bertanding di N.23 Belantik menerusi calon Ustaz Md Isa Shafie yang juga Pengerusi Assabiqun PAS Kedah dan Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman di P.013 Sik.
 
PAS pernah mencatat kejayaan memenangi ketiga-tiga kerusi Parlimen dan Dun di situ pada PRU tahun 1999. -HARAKAHDAILY 3/5/2018
- Advertisement -