Rakyat Kedah jangan terpedaya manifesto BN

- Advertisement -

ALOR SETAR: Rakyat Kedah digesa agar jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang ditawarkan di dalam manifesto PRU14 BN Kedah lantaran kegagalan parti berkenaan menunaikan Akujanji PRU13 lalu.

- Advertisement -

BN Kedah seharus malu untuk membuat tawaran baru sedangkan apa yang dijanjikan kepada rakyat penggal lalu belum tertunai.

Demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, ketika sidang media di Kompleks PAS Kedah, hari ini.

Katanya lagi, Khairat Kematian kononnya lebih baik dari Skim Kafalah dengan sumbangan sebanyak RM250 kepada setiap kematian rakyat Kedah ternyata gagal dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

“Sasaran hanya sekitar 80 orang setiap dun tidak mencukupi sedangkan rekod kematian rakyat Kedah mencecah 12 hingga 13,000 setahun.

“Yang menerimanya hanya sekitar tiga ribu sahaja dan sehingga kehari ini bagaimanakah kaedah pembayaran juga tidak diketahui,” ujar beliau.

Menurutnya lagi, perkara sedemikian berbeza dengan Skim Kafalah yang pernah dilaksanakan semasa Kedah di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dahulu.

Pelaksanaan Skim Kafalah lebih tersusun bersama sasaran penerima yang dikenal pasti melalui pendaftaran E-Sinar.

‘Skim ini diberhentikan pelaksanaannya apabila Kedah bertukar tangan kepada BN namun ia akan dilaksanakan kembali sekira PAS berjaya menerajui Kedah dan akan menaikkan pembayaran dari RM500 kepada RM750,” tegas beliau lagi.

Malah, katanya lagi, janji mendirikan Bandaraya Getah, Litar Lumba, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Hospital Daerah Pendang dan lain-lain juga gagal dilakukan.

Selain itu jaminan BN pada PRU lalu akan cuba mengatasi masalah bekalan air juga dilihat tidak kesampaian bahkan masalah tersebut semakin meningkat hingga membabitkan seluruh Kedah.

Sehubungan itu, rakyat diminta jangan mudah termakan ‘gula-gula’ BN dan berfikiran waras untuk melakukan perubahan demi kehidupan lebih baik dan sejahtera.

Justeru itu, beliau mengingatkan pemimpin BN agar peka kepada amaran Allah yang terkandung di dalam Surat As-Saff ayat 2 dan 3 di mana Allah amat membenci orang yang tidak menunaikan apa yang dijanji atau diperkatakan. – HARAKAHDAILY 3/5/2018

- Advertisement -