PRU13 janji heret penjara, PRU14 julang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman menlahirkan rasa pelik terhadap Pakatan Harapan yang mengangkat Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri.

- Advertisement -

“Memang satu keajaiban dan kepelikan dalam politik ini bagaimana seorang yang dahulunya disuruh undur, dituduh zalim, dituduh maha zalim dan sebagainya, saya pun tak sanggup nak sebut apa tuduhan nya. Dijulang, diangkat dan diiktiraf sebagai calon Perdana Menteri,” katanya menjawab pertanyaan hadirin dalam ‘Wacana Tiga penjuru: Siapa Dapat Manfaat’ yang dianjurkan oleh Sinar Harian bertempat di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Seorang penonton ketika sesi soal jawab bertanya kepada wakil Pakatan Harapan, Dato’ Mujahid Yusof berkenaan tentang status janji manifesto yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 iaitu untuk mengheret bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir ke muka pengadilan.

“Janji dari Pakatan (merujuk PRU13), sekiranya Pakatan berjaya membentuk Kerajaan Malaysia. Maka antara janjinya mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan di atas segala jenayah yang pernah dia buat ketika dia memerintah 22 tahun.

“Sekali lagi mereka Pakatan Harapan memberi satu jaminan janji sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan, maka mereka akan mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Ini sesuatu yang pelik tetapi benar.” kata Syahir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir telah mengisytihar keluar daripada Umno pada awal 2016 dan telah menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada hujung tahun 2016.

Ini merupakan kali ketiga bakal calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu keluar dari Umno selepas kali pertama ketika tahun 1969, zaman Tunku Abdul Rahman. Kali kedua pada 2008, kerana bersilih faham dengan bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Badawi. – HARAKAHDAILY 3/5/2018

- Advertisement -