Presiden PAS jawab isu kafir mengkafir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Mahathir bukanlah orang yang berautoriti dalam hal agama.

- Advertisement -

“Pertama sekali munafik ni istilah agama. Dia bukan ahli agama. Kalau tanya tentang sakit tibi atau tentang perubatan, layak la dia.

“Patutnya saya tak jawab. Biar tanya mufti la yang tahu tentang agama, apa dia makna munafik tu, biar munasabah serta takrif yang betul,” kata beliau dalam sidang media selepas Ceramah PRU14 di Medan Ilmu Sungai Baru Gunong, Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Tuan Guru juga menjelaskan beliau tidak mengucapkan kafir kepada sesiapa di dalam Umno.

“Yang kedua tiada dalam ucapan saya kata Umno si anu si anu kafir. Apa yang kita sebut adalah batas-batas iman dan kufur pada orang Islam. Itu saja,” jelas beliau

“Mereka yang membawa budaya kafir mengkafir dalam PAS masuk Umno. Dia tinggalkan PAS masuk Umno. PAS selamat daripada ini,” ulas beliau.

Beliau juga menasihati orang PAS bahawa dalam perkelahian juga memiliki batas.

“Cuma kita diajar apabila bermusuh ada batas. Politik matang dan sejahtera. Ini diamalkan oleh PAS,” jelas beliau dengan menyatakan prinsip yang dibawa oleh PAS. – HARAKAHDAILY 3/5/2018

- Advertisement -