Nik Omar mimpi hudud bersama PH

- Advertisement -

PENGKALAN  CHEPA: Hasrat calon Pakatan Harapan Dun Chempaka, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz mahu memperjuangkan hudud dianggap tidak lebih sebagai ilusi.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Pakatan Rakyat pecah sebelum ini pun kerana DAP menentang keras PAS melaksanakan hudud.

“Kita pun pelik juga kawan-kawan dia dalam PH semuanya menentang hudud. DAP paling vokal menentang hudud.

“PKR juga tidak bersetuju dengan hudud. Kalau almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak boleh melaksanakannya kerana tekanan pihak terbabit, tak kan Nik Omar boleh buat,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah kecemerlangan peperiksaan Kelantan 2017 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), hari ini. (Foto: Mohd Amar menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang.) – HARAKAHDAILY 3/5/2018

- Advertisement -