32 tawaran PAS Pulau Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: 32 tawaran PAS Negeri Pulau Pinang di bawah 6 teras utama untuk PRU14 kali ini telah dibentangkan oleh Ustaz Amil Abu Seman di Markas Pas Kampung Paya kelmarin sewaktu berkempen bagi Calon N.05 Dun Sungai Dua, Cikgu Zahadi Mohd.

- Advertisement -

Teras Pertama: Perumahan Hak Asasi Rakyat

PAS melihat bahawa Isu perumahan di Pulau Pinang perlu dikaji semula kerana kebanyakan perumahan sedia ada melebihi kemampuan rakyat. PAS ingin mewujudkan Agensi Penialaian Hartanah Pulau Pinang Berkebajikan bertujuan untuk mengawal dari hartanah dimanipulasikan kerajaan negeri.

Memetik kata-kata Ustaz Azmil Abu Seman dalam ucapannya “di dalam negeri Pulau Pinang harga rumah melambung tinggi sehingga RM400,000 setengah juta, ada yang RM2 juta. Hanya orang yang bergaji besar sahaja yang mampu beli”.

PAS menawarkan untuk memberikan keselesaan kepada anak muda untuk memiliki rumah dengan mewujudkan lebih banyak perumahan kos rendah dan mampu milik.

Teras Kedua: Pendidikan Asas Modal Insan

Di peringkat PAS Pusat ingin menghapuskan PTPTN. Dilema hari ini kita melihat ramai anak muda setelah tamat pengajian terpaksa menanggung beban hutang sehingga berpuluh-puluh ribu Ringgit.

Akibat darinya ramai yang tidak mampu membayar semula dan menghalang daripada membuat pinjaman membeli kereta dan rumah kerana telah disenaraihitamkan.

Isu di Pulau Pinang melibatkan pertambahan Sekolah Agama Rakyat namun pelaksaanannya tidak sempurna.

“Sekolah-sekolah di bawah PAS ditarik peruntukkan dan dipotong peruntukan. Parti-parti lain pula ditambah peruntukan. Terlalu nampak diskriminasi terhadap PAS,” katanya.

Rentetan dari masalah itu, sekolah-sekolah agama terpaksa mengenakan yuran dan membebankan rakyat.

Teras Ketiga: Islam Sebagai Agama Persekutuan

“PAS nak menaikkan syiar Islam. Apa yang dibincangkan diperingkat mufti, fatwanya tak boleh dilaksanakan. tersekat di peringkat ketua Menteri yang bukan Islam. Kita dilarang melaksanakan undang-undang Islam,” tambah beliau.

Teras Keempat: Keprihatinan Kebajikan Rakyat

Manifesto PAS semuanya menjurus kepada kebajikan rakyat meliputi segenap golongan iaitu golongan wanita, tua, pertengahan, anak muda dan kanak-kanak.

“PAS akan memberikan tambang percuma kepada anak-anak yang bersekolah. Jika PAS diberikan keizinan untuk memerintah Malaysia, Insya Allah, itulah tawaran kita daripada PAS,” katanya.

Teras Kelima: Pemulihan Alam Sekitar

“Pulau Pinang isu alam sekitarnya cukup kritikal. Terutama di sebalik pulau dengan isu tambak laut, terowong bawah laut, isu bukit ditarah dan lain-lain. PAS ada tawaran untuk pemulihan alam sekitar,” tegas beliau.

Teras Keenam: Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan, Harta Benda dan Pembendungan Kegiatan Jenayah

Di Pulau Pinang berkenaan isu kegiatan jenayah terlalu banyak terutamanya berkaitan dengan kesalahan perilaku zina yang melibatkan pembuangan anak luar nikah.

Maka, PAS memberikan tawaran kepada rakyat untuk menjaga keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda mengikut apa yang digariskan oleh Allah dalam Al-Quran.

Sebagai penutup, beliau mengingatkan para pengundi dan penyokong untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah di samping bergerak kerja serta memperbanyakkan solat hajat dan munajat kepada Allah agar diberikan pertolongan kepada Islam dan seterusnya kemenangan buat PAS pada PRU14. – HARAKAHDAILY 3/5/2018

- Advertisement -