Pemandu lori berhimpun pertahan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Usaha mempertahankan kepimpinan ulama turut mendapat sokongan pemilik dan pemandu lori pengangkut pasir. Mereka berhimpun di Bandar Baru Lembah Sireh petang semalam.

- Advertisement -

Seramai 300 pemandu lori dari seluruh Kelantan berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini.

Penyelaras himpunan itu Hafizu Mohamed Noor berkata, program tersebut diadakan di padang berhampiran Universiti Teknologi Mara Kampus Kota di sini.

Katanya sebanyak 50 lori pengangkut pasir dari seluruh Kelantan berkumpul pada jam 2.30 petang bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan ulama.

“Pemandu yang datang kebanyakannya anak muda. Mereka berkumpul bukan kerana dibayar, sebaliknya atas kesedaran pentingnya mempertahankan kerajaan yang bebas rasuah,” katanya di sini.

Kata beliau PAS yang mengetuai Gagasan Sejahtera yang mentadbir Kelantan, bebas dari sebarang penyelewengan berbanding Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 2/5/2018

- Advertisement -