PAS utama pendidikan demi masa depan negara

- Advertisement -

BATU SAPI: Puan Norsah Bongsu, calon PAS bagi Parlimen Batu Sapi berkata, PAS menawarkan untuk memberikan pendidikan percuma, tanpa mengira latar belakang ekonomi keluarga.

- Advertisement -

Katanya, antara 20 Tawaran Utama Manifesto Malaysia Sejahtera ialah mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program untuk memperkasakan golongan miskin bandar dan luar bandar.

Tambahnya, PAS menawarkan untuk memberikan pendidikan percuma sehingga ke institut pengajian tinggi.

Beliau mengharapkan anak-anak yang berjaya ini dapat membantu keluarga keluar daripada kancah kemiskinan.

Tambahnya, PASmenawarkan pembinaan sekolah menengah harian di Batu Sapi.

“Kesian anak-anak perlu turun naik bas sehingga empat kali, untuk sampai ke sekolah,” ujarnya.

“Kita perlu dekatkan anak-anak kita dengan Islam, terdapat kes pelajar tingkatan 1 masih belum pandai baca doa makan, betapa jauhnya anak-anak kita ketinggalan dalam pendidikan agama,” ujarnya lagi.

Beliau mengharapkan institusi pengajian agama dapat ditambahbaik dengan pelaksanaan sekolah rendah agama yang akan dilaksanakan dengan segera dan institusi agama perlu diperkasakan.

GST menzalimi rakyat

Puan Norsah turut mengulas mengenai ketidakadilan cukai GST.

“Budak kecil yang belum pandai membaca sudah kena GST, pelajar sekolah pun sudah bayar GST, belum kerja pun sudah kena bayar GST, kasihan.

“Islam telah memberikan garis panduan yang jelas berkaitan ini, iaitu dengan pelaksanaan zakat.

“Allah telah turunkan semua dengan lengkap, jangan dipilih-pilih mengikut apa yang kita suka sahaja”jelas beliau,” katanya.

Beliau menambah, PAS turut menawarkan solusi dengan menguruskan lebihan simpanan korporat dan keuntungan saham dengan lebih baik.

PAS berpengalaman di Sabah

PAS yang sudah bertapak lebih 30 tahun di Sabah merupakan sebuah parti yang berpengalaman.

“Kami menyampaikan dakwah, tanpa mengira musim pilihan raya (bukan sekadar merayu undi) atau tidak kerana kami amat komited untuk membela rakyat.

“Orang yang tidak peduli dengan agama, maka dia tidak akan berkasih sayang dengan semua orang, ucapan akhir supaya mengajak penduduk memilih calon yang ingin menegakkan agama Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/5/2018

- Advertisement -