Kebakaran kilang dapat perhatian calon PAS

- Advertisement -

AMPANG: Calon PAS N.19 Bukit Antarabangsa, Sharifah Haslizah Syed Ariffin telah melawat lokasi kebakaran kilang pembuatan papan tanda, Ampang Signage Sdn Bhd di Kampung Baru Ampang, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kehadirannya itu sebagai simpati atas kejadian menimpa premis tersebut selain mendapatkan sendiri maklumat berkenaan serta perkembangan penduduk di sekitar tersebut.

Beliau yang juga mantan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya dimaklumkan oleh pemilik kilang ditemui bahawa kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi dan punca masih dalam siasatan pihak bomba.

Namun, Sharifah lega dimaklumkan tiada pekerja atau kemalangan jiwa berlaku kerana kilang tersebut tidak beroperasi pada hari berkenaan kerana cuti umum sempena Hari Pekerja.

Beliau juga dimaklumkan, kebakaran yang dipercayai dari satu letupan didengari penjaga kilang itu dari bahagian bawah kilang awalnya telah diusahakan pemadaman asas.

Namun, keadaan api yang marak cepat memaksa pihak kilang segera mendapatkan bantuan pihak bomba menangani situasi tersebut. -HARAKAHDAILY 2/5/2018

- Advertisement -