Sayang pada Tun M, bagi dia berehat

- Advertisement -

LANGKAWI: PAS menyatakan jika rakyat dan pengundi di Langkawi sayang kepada Tun Dr Mahathir Mohammad, maka rakyat harus merehatkan beliau.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam Program Minum Petang bersama Rakyat di UPU Temanyong, Langkawi, Kedah.

Beliau menyebutkan kepada hadirin supaya tidak mengundi Tun Mahathir dan memberikan masa kepada Tun untuk berehat.

“Cumanya saya harap pada orang Langkawi ni, kalau dia sayang pada Tun, dia kesian pada Tun jangan undi dia. Biar dia berehat. Tu cara dia. Biar dia berehat. Jangan undi dia,” ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan kepada hadirin bahawa sekarang bukan masa bagi Tun untuk memimpin melihatkan kepada umurnya yang lanjut.

“Kesian dia, ini masa dia berehat sebenarnya. Bukan masa untuk memimpin. Umur dah 90 lebih, walaupun ajal di tangan Tuhan. Mengikut adatnya, begitulah,” terang beliau.

Beliau menyeru kepada pengundi-pengundi di Langkawi supaya memberikan undi kepada PAS sekiranya mereka sayang kepada Tun.

“Kalau orang Umno yang tua-tua kalau sayang pada Tun jangan undi dia. Beri undi pada PAS. Biar PAS ganti Umno,” kata beliau.

Beliau sebelum itu menyebutkan bahawa kunjungan ke Langkawi bukan untuk membalas Tun yang berceramah di Terengganu. – HARAKAHDAILY 1/5/2018

- Advertisement -