Undi untuk Malaysia Sejahtera – Calon P.119

- Advertisement -
TITIWANGSA: Calon PAS P.119 Titiwangsa, Mohamad Noor Mohamad menegaskan bahawa PAS komited membawa masyarakat ke arah kesejahteraan hidup.
 
Jelas beliau, antara usaha akan dilaksanakan PAS adalah memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan kos sara hidup rakyat.
 
Juga katanya, mempertingkatkan usaha dan keberkesanan menangani jenayah-jenayah yang berlaku dalam masyarakat dan menggugat ketenteraman awam.
 
Beliau menerangkan demikian yang menjadi sebahagian manifestonya ketika menemui pengundi sempena Karnival Kesihatan anjuran PAS Zon Kampung Baru di Chow Kit, di sini semalam.
 
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan menjelaskan, pembawaan PAS adalah dengan menyelesaikan permasalahan berasaskan Islam.
 
Oleh itu ujarnya, PAS memerlukan pengundi untuk menghantar wakilnya ke Dewan Rakyat yang akan mengenengahkan suara Islam dan melaksanakan Islam dalam pemerintahan.
 
Maka pengundi serunya, diminta memberi peluang dan mandat kepada PAS supaya hasrat sedemikian dapat direalisasikan menerusi undi rakyat untuk PAS.
 
Selain pemeriksaan kesihatan percuma, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna, dan haji, gubahan tuala serta cabutan bertuah. -HARAKAHDAILY 30/4/2018
- Advertisement -