Kelantan lulus 270,000 ekar tanah

- Advertisement -

GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan sehingga sehingga sekarang melulus kira-kia 270,000 ekar tanah kepada rakyat seluruh jajahan tanpa mengira latarbelakang politik dan anutan agama.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, keluasan tanah tersebut membabitkan sebanyak 90,000 fail dengan keluasan antara dua hingga enam ekar setiap permohonan.

Menurutnya, sebanyak 30,000 fail masih menunggu kelulusan dan akan diteruskan kerajaan PAS sekiranya rakyat terus memberi mandat mentadbir Kelantan pada penggal akan datang.

“Kita sudah menyelesaikan sebanyak 90,000 fail tanah selama 28 tahun pemerintahan PAS, ketika ada orang mendakwa kita tidak mempedulikan hak tanah kepada rakyat.

“Kalau kita ambil purata bagi satu fail katalah tiga ekar ini bermakna 270,000 ekar keseluruhannya,” katanya pada perasmian Kompleks Perumahan Kakitangan Ladang Rakyat di Paloh Empat di Mukim Relai Chiku di sini semalam. Turut hadir Pengerusi Syarikat Ladang Rakyat Project Management, Azami Mohd Nor; Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi Perbandanan Ladang Rakyat, Khairil Azmi. (Foto: Mohd Amar meninjau perumahan pekerja ladang Perbadanan Ladang Rakyat.)

Ladang Rakyat Paloh 4 merupakan satu-satu ladang yang diurus sendiri Perbandanan Pembangunan Ladang Rakyat, manakala ladang lain diurus dengan kerjasama syarikat swasta. – HARAKAHDAILY 30/4/2018

- Advertisement -