Bersama PAS, Malaysia ke arah status negara maju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi Parlimen Gombak, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata, PAS ingin mengurus negara secara urus tadbir baik (good  governance) dan Islam akan berada di atas jika memerintah.

- Advertisement -

Beliau yang turut ditemuramah oleh pihak Kedutaan Jerman ditanya jika PAS akan jadikan Malaysia sebagai negara Taliban.

“Tidak, PAS berpegang kepada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Oleh kerana itu, PAS tidak memilih untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya mahupun demontrasi,” tambahnya lagi.

Katanya, PAS ialah sebuah parti yang mempunyai wawasan, “PAS party with a vision”.

“Malaysia adalah sebuah negara kaya, melalui teknologi yang sentiasa berkembang, urus tadbir sumber negara yang baik amat perlu. Negara mempunyai sumber asli seperti bijih besi, bijih timah dan emas mahupun sumber baru seperti bauksit dan silika.

“Melalui Wawasan Induk Negara Sejahterra (WINS) 2051, pakar-pakar dalam pelbagai bidang ini akan bersatu dan bersama-sama membangunkan negara,” kata beliau yang merupakan jurutera yang pernah berkhidmat dengan salah sebuah firma kejuruteraan luar negara.

Terangnya lagi, Malaysia turut merancang mengeksport tenaga pakar, subject matter export (SME) yang akan membantu negara-negara lain yang lebih memerlukan.

Tambahnya, pelaksanaan WINS yang efektif turut dapat mengawal gejala brain drain yang kritikal ketika ini oleh SME negara.

Menurutnya lagi, dengan berpegangkan kepada ilmu wahi, aktiviti dilakukan secara kreatif dan pelaksanakan secara inovatif yang akan menjadi faktor ke arah status negara maju.

Katanya, kesemua perancangan model itu telah dicetus melalui pengkajian dan bukan hanya sekadar ramalan mimpi sahaja.

“Model sebegini turut dilaksanakan oleh kerajaan Islam yang telah menakluk satu pertiga dunia pada masa lalu,” ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan, pelaksanaan kerajaan sebelum ini yang dilihat muflis idea, dengan mengenakan GST sebanyak 6 peratus kepada kesemua rakyat tanpa mengira kemampuan pendapatan individu.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat Selangor untuk menggunakan kuasa demokrasi yang dimiliki dalam pilihan raya kali ini untuk memilih PAS sebagai pemerintah negara.

Turut sama dalam program Ceramah PRU-14: Manifesto PAS Untuk Rakyat di Taman Permata, semalam itu ialah Ustaz Farhan @ Kamalulhysham Mohd Suhut, calon PAS Dun Hulu Klang. – HARAKAHDAILY 30/4/2018

- Advertisement -