Zamri Roti Arab calon PAS Sg Acheh

- Advertisement -
NIBONG TEBAL: Nor Zamri Latiff yang mesra dikenali masyarakat setempat sebagai Zamri Roti Arab dipertaruhkan untuk menggalas cabaran PAS bagi N.21 Sungai Acheh pada PRU14 ini.
 
Seusai pengumuman pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi semalam, para petugas Pilihan Raya PAS N.21 Sungai Acheh telah diadakan memacu 10 hari kempen.
 
Suntikan roh perjuangan dijana dengan bacaan surah al-Mulk dan Mafatih an-Nasr pimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang diikuti taujihat Pemangku Pengarah JPrD Sungai Acheh, Husnul Zikri.
 
Beliau dalam ucapannya menyeru petugas agar terus mendekatkan diri kepada Allah selain menjauhkan dari perkara laqa dan maksiat, termasuk meninggalkan rokok dan lalai dengan hiburan.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad turut berucap dan menyeru penyokong PH memberi undi kepada PAS berikutan calon mereka ditolak SPR.
 
“Ini kerana kelantangan PH kononnya ingin menjatuhkan BN. Jadi harus diterjemahkan dengan memberi undi kepada PAS,” simpul beliau yang turut menyerahkan bendera dan bahan kempen PAS. -HARAKAHDAILY 29/4/2018
- Advertisement -