Radhi dapat perhatian sepanjang perarakan

- Advertisement -

POKOK SENA: Kira-kira 5,000 ahli dan penyokong PAS Pokok Sena menyertai perarakan calon Parlimen Pokok Sena ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah, Pokok Sena.

- Advertisement -

Perarakan seawal jam 7.30 pagi bermula dari Markas PAS Dun Bukit Lada, tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.30 pagi.

Calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena, Radhi Mat Din, antara calon ‘favourite’ Ikon Anak Muda mendapat perhatian dan sorakan sokongan sepanjang perarakan malah turut mendapat perhatian dari kakitangan yang bertugas di pusat terbabit.

Parlimen Pokok Sena menyaksikan berlaku pertandingan empat penjuru di Dun Bukit Lada, di mana calon Bebas diwakili oleh Dato’ Mohd Ismail Othman.

Semua calon PAS dalam kawasan Parlimen Pokok Sena termasuk Dun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim, Dun Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood dan Dun Derga Yahya Saad@Janai antara rombongan terawal memasuki dewan penamaan calon iaitu kira-kira jam 9.00 pagi, seterusnya diikuti calon BN, Bebas dan PKR.

Suasana di luar pusat penamaan calon tenang dan terkawal serta tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku. – HARAKAHDAILY 28/4/2018
a

- Advertisement -