Persaingan sengit lima penjuru di Pandan

- Advertisement -

PANDAN: Persaingan sengit antara PAS, BN dan PKR berlaku di Parlimen Pandan dan dua Dewan Negeri Selangor (DNS) di situ.

- Advertisement -

Proses penamaan calon tamat jam 11 pagi apabila Pegawai Pengurus Pilihan raya, Hasnizun Shari mengumumkan semua calon diterima untuk bertanding.

Lima calon bertanding untuk Parlimen Pandan ialah Ustaz Mohd Shukri Omar (PAS); Dato’ Liong (BN); Jenice Lee (PRM), Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) dan Khairul Azam Abdul Azmi (Bebas).

Calon PAS, Mohd Imran Wahab mendapat saingan di DNS Teratai dengan Dato Ban Lee (BN), Bryan Lay (PKR) dan Jenice Lee (PRM).

Di DNS Teratai, Dato’ Iskandar Abdul Samad bertembung dengan calon PKR, Izham Hashim dan Dato’ Hanif Koslan (BN).

Sebelum perarakan tadi, para penyokong mula membanjiri padang Taman Kencana jam 7 pagi. Mereka menunaikan solat di Surau Taman Kenchana . Ketibaan calon Dun Pandan Indah, Dato’ Iskandar Abdul Samad; Dun Teratai, Mohd Irman dan Mohd Shukri disambut dengan laungan takbir.

Lebih 500 ahli penyokong PAS mengiring tiga calon PAS ke dewan penamaan calon di Taman Kenchana, Pandan Indah sejauh 300 meter. Perarakan bersama tiga calon PAS bergerak jam 8.30 pagi.

Perarakan dimulakan dengan doa dan sepanjang perarakan penyokong mengalunkan selawat ke atas Nabi SAW.

Semakan borang dilakukan setiap calon selepas pegawai pengurus, Hassunizam Shari mengumumkan tempoh penyerahan borang calon pada pukul 10 pagi.

Semua calon yang bertanding diterima dan tiada borang penolakan. Pegawai pengurus mengumumkan perkara tersebut tepat jam 11 pagi. – HARAKAHDAILY 28/4/2018

- Advertisement -