Nik Omar hilang sebelum muncul bersama PH?

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz dikatakan tidak dapat dikesan keluarga sejak dua hari lalu, namun hari ini tiba-tiba muncul sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Dun Chempaka.

- Advertisement -

Menurut sumber, keluarganya tidak dapat mengesan Nik Omar sejak beberapa hari lalu.

Malah sebelum ini Pengerusi PAN, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membayangkan akan berlaku kejutan pada hari penamaan calon.

Mengulas perkembagan itu, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu walaupun sebelum ini dia memaklumkan tidak akan terlibat.

“Sebenar arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah berpesan kepada anak-anak agar meneruskan perjuangan PAS tetapi secara peribadinya saya terkejut.

“Apa pun, restu bonda sangat penting, kita hidup di dunia ini bukannya sehari dua apa pun perbuatan kita restu bonda sangat penting,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Kompleks Balai Islam hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, Nik Omar hanya sebagai ahli biasa PAS dan tidak mempunyai sebarang jawatan.

Bagaimanapun katanya, seseorang ahli yang bertanding di atas tiket parti lain tidak jatuh keahlian secara automatik.

“Kita akan kumpulkan bukti sama bergambar atau apa sahaja sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Selepas disahkan barulah boleh dipecat. Kita sebenar tidak terkejut dengan tindakan Nik Omar kerana dia hanya seorang ahlli biasa. Bekas timbalan presiden PAS pun tanding atas parti lain.

“Dalam keadaan ini kita pun tidak terkejut kerana nama dia sudah lama dikait dengan parti itu,” katanya.

Manakala dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi anak arwah Tok Guru, Ustaz Nik Abduh bertanding di kerusi parlimen Bachok atas tiket PAS.

Kehadirannya turut diiringnya ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (foto atas) di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. – HARAKAHDAILY 28/4/2018

- Advertisement -