Calon PAS hadapi saingan 4, 5 penjuru

- Advertisement -

AMPANG: Kehadiran lebih 500 penyokong PAS ke majlis penamaan calon parlimen P.099 dan Dun N.19 serta N.20 meriah dengan alunan zikir munajat yang dipimpin oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Ampang, Ustaz Zakaria Abdul Rahman.

- Advertisement -

Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan doa sebelum calon diarak dengan alunan selawat menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Dato’ Ahmad Razali bermula jam 8.00 pagi.

Calon PAS P.099 Ampang; Nurul Islam Mohamed Yusoff akan menghadapi saingan empat penjuru daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu Tan Hua Meng, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Leong Kim Soon (BN).

Kerusi N.19 Dun Bukit Antarabangsa mencatat sejarah dengan pertembungan lima penjuru iaitu Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada PAS, Mohamed Azwan Ali (Bebas), Mohamed Azmin Ali (PKR), Salwa Yunus (BN) dan Ahmad Kamaruddin (PRM).

Sementara itu penyandang kerusi N.20 Lembah Jaya daripada PAS, Khasim Abdul Aziz akan dicabar Hanisza Mohd Talha (PKR), Norizwan Mohamed (PRM) dan Mohd Nizam Zain (BN).

Keputusan PRU13 yang lalu dimenangi PAS yang mendpat undi sebanyak 25,185 dengan majoriti 8,713 undi. – HARAKAHDAILY 28/4/2018

- Advertisement -