Sedikit coretan untuk Raja Bahrin 

- Advertisement -

RAJA BAHRIN kata, BN sengaja letak calon yang lemah untuk lawan Ustaz Muhammad Khalil, bakal calon PAS di Dun Batu Buruk. Sebabnya, BN nak bagi PAS menang mudah.

- Advertisement -

Alahai, Raja Bahrin tak tersedar bahawa Umno sekarang ini memang dah tak ada calon kuat di Terengganu. Yang kuat-kuat dahulu pun, telah ditumbangkan oleh Najib dan Putrajaya. Yang belum tumbang pula telah cedera parah akibat pergeseran sesama sendiri.

Sehinggakan kebajikan rakyat, duit negeri dan hak Negeri Terengganu banyak sekali dikorbankan oleh Umno Terengganu kepada Putrajaya untuk menang dalam pergolakan dalaman sesama mereka.

Kerana itu, rakyat Terengganu di Dun Batu Buruk dan seluruh Negeri Terengganu sangat rimas dengan BN Terengganu, dan sedang memberi laluan untuk PAS mengambil alih.

Ustaz Muhammad Khalil, sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia, adalah calon yang tepat dan amat berwibawa untuk memacu perubahan yang lebih baik kepada Negeri Terengganu dan Dun Batu Buruk pada era peralihan kuasa kali ini.

PAN pula, sangat lemah di Terengganu. Sekali pun egonya dilihat sangat tinggi dalam dunia maya. Calon-calonnya, hampir semuanya tidak dikenali oleh rakyat Terengganu. Sementara aktiviti-aktivitinya pula, hampir tidak pernah kelihatan di dunia nyata.

Kesiannya pada Raja Bahrin. Hanya dialah saja PAN di Terengganu. Dia sajalah. Orang lain, nak mengaku PAN pun malu-malu. Maklumlah, sekutu terkuat mendukung DAP.

ZAKARIA ISMAIL
27 April 2018 – HARAKAHDAILY 27/4/2018

- Advertisement -