Peluang PAS lebih cerah di Langkawi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Yang Dipertua (YDP) PAS Langkawi, Mohd Zubir Ahmad hari ini diumum sebagai calon parlimen Langkawi.

- Advertisement -

Beliau dicalonkan selepas Parti Ikatan Bangsa kompenan Gagasan Sejahtera tidak bersedia mengemukakan calon di kerusi berkenaan.

Mohd Zubir, 55 pernah bertanding di parlimen berkenaan dan dua kali di Dun Ayer Hangat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, pengalaman dimiliki calon berkenaan dapat membantu PAS menggalas tanggungjawab di kerusi parlimen terbabit.

“Umno sekarang pun sudah berpecah dua. Rakyat pun merasakan tidak senang dengan kelemahan pentadbiran kerajaan BN sekarang dengan kenaikan kos sara hidup.

“Kali ini peluang PAS lebih cerah memandangkan undi BN akan berpecah dua kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon BN.

“Kami menjangka kira-kira 25 peratus pengundi BN akan hilang kepada Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah hari ini. – HARAKAHDAILY 26/4/2018

- Advertisement -