Tan Sri Khalid tokoh ekonomi Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggelarkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan gelaran sebagai tokoh ekonomi.

- Advertisement -

Beliau menjelaskan berkaitan peristiwa ‘Lompat Kajang’ yang menyaksikan Khalid ketika itu sebagai Menteri Besar Selangor ditukarkan dengan Dato’ Seri Azmin Ali.

“Mengapa Tan Sri Khalid nak diturunkan? Katanya kedekut, bakhil. Saya panggil Tan Sri Khalid. Tan Sri kata bukan duit saya, duit rakyat.

“Saya jumpa Tuan Guru Nik Aziz, almarhum Tok Guru Nik Aziz masih ada lagi. Saya bagitahu dia orang kata Tan Sri Khalid ni kedekut, bakhil duit rakyat. Tok Guru kata bagus, ini yang kita mahu,” ujarnya pada program Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS & Munajat PRU14 yang diadakan di Seksyen 18, Shah Alam, malam tadi yang telah disiarkan secara langsung. Khalid turut berucap pada majlis itu.

Katanya, Khalid bukan seorang ahli politik namun seorang ahli korporat, tokoh ekonomi yang pernah berjasa besar kepada negara mengembalikan lading-ladang Guthrie kepada negara daripada syarikat barat

“Ini kepintaran beliau dalam mengurus korporat, menunjukkan kejayaan yang besar. Orang yang berjaya macam ini sepatutnya diletakkan di tempat yang mulia, yang dilayan dengan baik,” ujarnya lagi.

PAS mempertahankan Khalid bersama empat Exco daripada parti itu yang tidak meletakkan jawatan ekoran krisis ‘Lompat Kajang’ walaupun semua exco lain melepaskan jawatan. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

- Advertisement -