Penggal ke-13 tiada kelulusan projek ladang hutan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran penggal ke-13 tidak ada sebarang kelulusan baru projek ladang hutan.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, tiada kelulusan itu yang meliputi projek getah klon balak, pelbagai spesies, ladang batai dan mozak.

Selain itu katanya tidak ada juga kelulusan bagi pengecaman dalam hutan simpan.

“Segala aktiviti pembalakan yang sedang berjalan sekarang adalah kelulusan yang telah dibuat pada penggal lepas,” katanya selepas mesyuarat kali terakhir penggal ke-13 di Kota Darulnaim, hari ini.

Baru-baru ini Naib Presiden PAN, Husam Musa hadir di Kompleks Kota Darul Naim bagi menghantar notis bantahan kepada Menteri Besar berhubung mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan.

Husam mendakwa, mesyuarat itu dijangka meluluskan beberapa projek pembalakan baharu, sedangkan ia tidak boleh dilakukan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ekoran itu Jabatan Perhutanan membuat laporan polis terhadap Husam berhubung dakwaan kononnya Jawatankuasa Kecil Perhutanan meluluskan projek pembalakan baharu.

Pengarahnya, Dato’ Zahari Ibrahim menjelaskan tiada sebarang kelulusan baharu kawasan pembalakan pada mesyuarat tersebut. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

- Advertisement -