PAS tanding 8 parlimen, 14 Dun di Sabah

- Advertisement -

PAS Sabah melakar sejarah tersendirinya apabila mengumumkan bakal bertanding di lapan Parlimen dan 18 Dun pada PRU14 ini.

- Advertisement -

Perkara tersebut dinyatakan dalam Majlis Bai’ah dan Angkat Sumpah Bakal Calon yang dihadiri oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, petang semalam.

Uniknya, PAS Sabah dalam majlis yang turut dihadiri oleh media tempatan itu juga menampilkan seorang calon bukan Islam dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan dua orang calon wanita serta empat orang anak muda seawal usia 26 tahun.

Berikut senarai kawasan parlimen dan Dun yang bakal ditandingi oleh PAS Sabah dalam pilihan raya kali ini.

Parlimen

P.169 – KOTA BELUD: Hj Ag. Laiman Ikin
P.170 – TUARAN: Mohd Aminuddin Aling
P.173 – PUTATAN: Zulzaim Hilmee Abidin
P.185 – BATU SAPI: Norsah Bongsu
P.188 – SILAM: Ramli Pataruddin
P.189 – SEMPORNA: Abdul Nasir Bin Hj Ab Raup
P.190 – TAWAU: Mohamad Husain
P.191 – KALABAKAN: Norbin Aloh

Dun

N.02 – TANJONG KAPOR: Aliasgar Omolong
N.03 – PITAS: Dauseh Queck
N.06 – TEMPASUK: Ustaz Mustaqim Aling
N.07 – KADAMAIAN: Satail Majungkat
N.08 – USUKAN: Adzmin Awang
N.12 – KARAMBUNAI: Aspar Oyer @ Akbar
N.17 – TANJONG ARU: Hamid Ismail
N.43 – SEKONG: Sahar Abdul Majid
N.44 – KARAMUNTING: Norsah Bongsu
N.47 – KUAMUT: Jumaidin Lakalla
N.51 – KUNAK: Kasman Karate
N.52 – SULABAYAN: Abdul Nasir Bin Hj Ab Raup
N.54 – BUGAYA: Mahamod Sarahil
N.55 – BALUNG: Amboase Ramano
N.56 – APAS: Daud Jalaluddin
N.58 – MEROTAI: Ahmad Dullah
N.59 – TANJONG BATU: Usman Madeaming
N.60 – SEBATIK: Ustaz Roslan Ramli

Melalui penyertaan tersebut, PAS Sabah optimis melakukan perubahan dalam demografi politik Sabah dengan menghantar sekurang-kurangnya satu wakil ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri Sabah.

Rakyat Sabah perlu memberi peluang kepada calon-calon PAS untuk menunjukkan kualiti kepimpinan Islam yang dipelopori Islam.

Semoga hasrat PAS Sabah ini yang beraspirasikan rakyat menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 23/4/2018

- Advertisement -