PAS ingin jadikan Terengganu seperti Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Kita menganggarkan pendapatan pada tahun 2018 ini dengan anggaran sebanyak RM696 juta untuk pendapatan kerajaan di Kelantan dan ternyata lebih rendah berbanding di Terengganu iaitu sebanyak RM1.8 bilion,” kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

- Advertisement -

Menurutnya, RM1.5 bilion daripada jumlah RM1.8 bilion itu adalah hasil daripada royalti minyak.

fadhli sTambahnya, pendapatan sebenar kerajaan Terengganu adalah sebanyak RM300 juta sahaja. Ini terbukti Kelantan telah mendahului Terengganu sebanyak RM396 juta.

Beliau juga membuat perbandingan pertumbuhan ekonomi di Kelantan adalah sebanyak 4.8 peratus mengatasi kadar nasional pada tahun 2016 hanya pada kadar 4.2 peratus sahaja .

Kadar itu, kata beliau juga jauh meninggalkan negeri Pahang iaitu sebanyak 2.0 peratus pada masa itu.

“Di Kelantan, PAS turut memperkenalkan Al-Qardhul Al-Hasan (pinjaman tanpa faedah) kepada kakitangan kerajaan. Sebagai contoh, kakitangan kerajaan beli kereta bernilai RM60,000 dan tempoh bayaran selama 6 tahun,” ujar beliau pada Program Town Hall Anak Muda Anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) di Bangi, semalam.

Jelasnya, peminjam hanya perlu membayar harga asal kereta iaitu RM60,000 tanpa bertambah satu sen pun.

“Maka apakah yang lebih kita mahu dari sebuah pentadbiran yang kita namakan sebagai good governance kecuali sebuah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan juga salah guna kuasa

“Sehubungan ini, insya Allah kita mahukan salah seorang exco di belakang saya ini yang akan mengubah lanskap di Terengganu menuju ke arah yang lebih baik,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 23/4/2018

- Advertisement -