99 peratus manifesto PRU 13 dilaksana

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS Kelantan sudah menunaikan semua janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

- Advertisement -

Namun menurutnya pembinaan stadium di Bukit Merbau, Pasir Puteh belum dapat dilaksanakan.

Manakala pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Bukit Tiu ke Berangan Mek Nab di Machang masih dalam pembinaan.

“Ini bermakna kita sudah melaksanakan kira-kira 99 peratus daripada manifesto Pilihan Raya Umum lalu cuma tinggal stadium.

“Pembinaan stadium terbabit sebenarnya dijanjikan bekas pemimpin PAS, Husam Musa.

“Beliau sudah meninggalkan kerajaan negeri jadi kita sedaya upaya menyelesaikan janji tersebut,” katanya ketika ditemui selepas perasmian manifesto PAS Kelantan PRU 14 di sini.

Manifesto tersebut dilancar Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Che Abdullah juga berkata, walau pun pembinaan lebuh raya merupakan tanggungjawab kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri membina sejauh 10 kilometer di Machang.

Mengenai status pembinaan stadium pula kata beliau, masih dalam proses pengambilan tanah dan kini kerajaan negeri berusaha mencari pelabur yang berminat. – HARAKAHDAILY 23/4/2018

- Advertisement -