Ramai pengundi Cina tinggalkan PH

- Advertisement -

TUMPAT: Ada kajian mengambarkan peralihan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Harapan (PH) merosot kepada kurang 60 peratus berbanding 85 peratus pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Pakatan Harapan menjadi antara faktor peralihan pengundi Cina.

Katanya, golongan pengundi terbabit cenderung melihat kepada sejarah yang berlaku ketika negara di bawah kepemimpinan Dr Mahathir.

“Bagaimanapun situasi berbeza pula PAS apabila sokongan rakyat tidak banyak berubah walaupun berlaku sedikit perpecahan sehingga lahir Parti Amanah Negara,” katanya pada ceramah pra-pengisytiharan calon di perkarangan Pasar Wakaf Bharu, Tumpat dekat sini malam semalam.

Turut hadir Adun Wakaf Bharu, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi; Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Dato’ Hassan Mohamood; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Tumpat, Mohd Hushaimi Hussain. – HARAKAHDAILY 20/4/2018

- Advertisement -