Presiden PAS, timbalan hanya tanding Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan mengumumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hanya akan bertanding di kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

- Advertisement -

Pengumuman tersebut dibuat semasa sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan beliau sendiri juga hanya akan bertanding di kerusi Parlimen.

Pada PRU13 lalu, Tuan Guru Abdul Hadi bertanding di Dun Ru Rendang dan Parlimen Marang.

Tuan Guru pernah bertanding di Parlimen Dungun pada PRU 1982 sebelum bertanding di Marang pada 1986 hingga PRU13.

Takiyuddin juga memaklumkan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bakal bertanding pada PRU14.

“Saya boleh sahkan bahawa untuk Dewan Pemuda, Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda Pusat bertanding sebagai calon pilihan raya,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat ramai calon muda daripada kalangan calon PAS untuk pilihan raya akan datang malah ada yang belum berumur 30 tahun. – HARAKAHDAILY 18/4/2018

- Advertisement -