PAS akan tetap kekalkan lafaz bai’ah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS akan tetap mengekalkan lafaz bai’ah atau dikenali akuan bersumpah kepada semua calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang dilafazkan di hadapan pemimpin tertinggi di negeri masing-masing sebelum pengisytiharan penamaan calon pada esok malam.

- Advertisement -

“Lafaz bai’ah ini terbahagi kepada empat, satu untuk ahli PAS, calon daripada ahli PAS,” kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hasan pada sidang media.

Tambah beliau, maknanya calon ahli PAS yang semua Islam, satu lafaz.

“Yang keduanya calon daripada DHPP iaitu bukan Islam tapi mereka berada dalam PAS mereka jadi macam associate di dalam PAS walaupun secara tidak rasmi mereka ini ahli DHPP ada peraturan mereka yang mengikat mereka dengan PAS, ada satu lafaz bai’ah.

“Kemudian untuk Gagasan Sejahtera, ini ada Islam dan bukan Islam,” ujarnya.

Menurutnya, calon yang beragama Islam ada akuan bersumpah sendiri semnetara yang bukan Islam ada satu.

“Jadi kita sesuaikan dengan keadaan. Jadi semua bai’ah atau akuan bersumpah ini akan diadakan dan disaksikan bertulis yang angkat sumpah tandatangan dan yang saksi pun akan tandatangan.

“Jadi ini adalah satu dokumen yang kita sediakan untuk esok sebelum pengisytiharan malam esok. Petang esok mereka kena angkat sumpah,” katanya.

Mengenai peingisytiaharan calon, beliau berkata ia diadakan secara serentak di seluruh negara pada malam esok kecuali Sabah pada 22 Apil dan Kelantan (25 April).

Katanya, senarai nama-nama calon itu akan diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri masing-masing kecuali Pahang oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Sabah oleh Presiden PAS.

“Presiden PAS akan berada di Sarawak pada 21 April dan beliau akan pergi ke Sabah pada 22 haribulan juga untuk isytiharkan calon-calon di sana,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 18/4/2018

- Advertisement -