Minta tolong kepada Allah untuk buat pilihan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam telah turun ke Sri Perindu bagi menghadiri jemputan Majlis Yasin dan Tahlil di Cheras, malam tadi.

- Advertisement -

Turut serta dalam majlis itu, penghuni-penghuni di Sri Perindu dan juga beberapa orang Muslimat PAS Kawasan Bandar Tun Razak.

Beliau berkesempatan mentadabur beberapa ayat dari surah Yasin dan berkongsi beberapa kisah kehidupan dalam tazkirah beliau.

“Antara kelebihan membaca Yasin adalah mendapat ganjaran seolah-olah membaca sepuluh kali al-Quran.

“Kadang-kadang kita rasa penat hidup di dunia. 80 tahun di dunia bersamaan dengan beberapa jam sahaja di akhirat. Selepas itu kita akan bangkit dengan kehidupan abadi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat membuat amal kebajikan di dunia bagi bekalan di akhirat kelak.

“Bagi menghadapi pilihan raya pada kali ini, minta tolong kepada Allah untuk membuat pilihan yang terbaik. Kita takut pilihan kita itu nanti akan memberi kesan kepada kehidupan yang seterusnya,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 18/4/2018

- Advertisement -