Pakar Qiraat yakin Kelantan kekal di bawah ulama

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketua Bahagian Iqra’ dan Qiraat di Pertubuhan Natadabbarah Makkah al-Mukarramah di Arab Saudi, Syeikh Hisham Abdel Bari yakin kerajaan Kelantan kekal di bawah kepimpinan ulama.

- Advertisement -

“Saya mahu memberitahu berita gembira kepada kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Kelantan bahawa pemerintahan ini terus kekal di bawah pemerintahan yang ada sekarang.

“Ini adalah kerana mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam pemerintahan, pastinya kerajaan dan rakyatnya akan dijaga Allah kerana kita menjaga al-Quran,” katanya pada perasmian Akademi al Quran Bandar Raya Islam MPKB-BRI di pekarangan Masjid Taqwa di Bandar Satelit Pasir Tumboh hari ini.

Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Yang Dipertua MPKB BRI, Dato’ Zamri Ismail.

Syeikh Hisham juga mengendali Pusat al Quran Ibnu Nafi’ di Iskandariayh, Mesir.

Menurutnya, beliau diminta gurunya, Prof Dr Isa al Mi’sharawi tinggal di Kelantan sekarang kerana negeri ini ada potensi untuk membangunkan ilmu-ilmu al-Quran. – HARAKAHDAILY 13/4/2018

- Advertisement -