PRU14: Rakyat tulang belakang lakar perubahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS melihat kepelbagaian latar belakang rakyat di negara ini harus digembleng bagi melakar perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan tanggungjawab perubahan adalah berada di setiap bahu rakyat Malaysia bukan hanya sekadar pada bahu orang politik semata-mata.

Kata beliau, tugas untuk membawa perubahan apa yang sedang berlaku dalam negara ini adalah tanggungjawab semua rakyat dari pelbagai latar belakang.

“Tak kiralah sama ada dia teknokrat atau hanya orang di jalanan ataupun pekerja, tidak kira siapa sahaja semua adalah bertanggungjawab.

“Orang yang ada kelebihan dari segi kepakaran tertentu, mereka boleh merangka dalam skop mereka dan orang yang di bawah sebagai contoh golongan pekerja yang golongan pekerja seperti petani dan sebagainya, mereka memiliki peranan masing-masing,” ujar beliau dalam temuramah bersama Hijau.fm, malam tadi.

Beliau berkata, PAS menghargai pandangan dan sumbangan rakyat dalam membangunkan negara.

Antara cadangan Gagasan Sejahtera bagi membina negara sejahtera adalah untuk memperkenalkan Kerajaan Teknokrat yang mana keanggotaannya adalah daripada kalangan pakar dalam bidang-bidang teras dalam kerajaan. – HARAKAHDAILY 12/4/2018

- Advertisement -