PAS sasar perintah Malaysia

TAKIRI2
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan untuk memerintah Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

- Advertisement -

“Sasaran kita adalah kita nak memerintah Malaysia.

“Berapa kerusi, tunggu dan lihat kerana kita bertanding pada PRU kali ini kalau dulu kita isytiharkan 130, tunggulah pada 19 April ini kita akan isytiharkan berapa kerusi kita akan bertanding bukan hanya oleh PAS tapi oleh rakan-rakan dalam gabungan Gagasan Sejahtera,” tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri dalam temuramah beliau bersama Hijau.fm, semalam.

Menurutnya, kerusi-kerusi yang ingin ditandingi oleh PAS adalah kerusi-kerusi majoriti Melayu Islam yang mana pertembungannya adalah antara PAS dengan Umno.

“Siapa yang dapat menguasai undi Melayu Islam maka dia boleh jadi raja. Kalau Umno menang sebelum ini 80 kerusi boleh jadi raja, maka tidak pelik PAS boleh menjadi raja menggantikan Umno jika menang sekurang-kurangnya 88 kerusi seperti Umno sekarang,” ujar beliau menerangkan peluang PAS dalam PRU14.

Beliau sebelum itu menyatakan bahawa PAS mensasarkan sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen untuk dimenangi pada PRU14.

“Kita meletakkan sasaran 40 kerusi paling minima maknanya minima itu kalau tak ada satu parti boleh bentuk kerajaan,” kata beliau lagi.

“Tentu dia akan mengalami satu keadaan akan datang dipanggil ‘hung parliament’, parlimen yang tergantung memerlukan kerjasama semua pihak dan kerjasama semua pihak untuk bentuk negara adalah sesuatu yang baik, dia akan meredakan pertembungan dan dia akan bawa kebaikan kepada rakyat,” ujar beliau menerangkan kemungkinan keadaan kerusi parlimen selepas PRU14. – HARAKAHDAILY 13/4/2018

- Advertisement -