SPR sukarkan perantau tunai undi

- Advertisement -

PAGI dan tengah hari semalam, sebelum dan selepas Sidang Media SPR mengumumkan tarikh-tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi PRU14, saya buka laman web beberapa syarikat penerbangan tempatan untuk meninjau harga tiket dengan bacaan awal hari mengundi berlaku antara awal bulan Mei sehingga sebelum Ramadhan yang dijangka pada 15 Mei.

- Advertisement -

Sebelah pagi harga tiket masih normal. Tiket bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Bharu berada pada harga sekitar RM 60 – RM 70 sahaja sehala. Sebaik pengumuman oleh SPR selesai, semakan pada tengah hari mendapati harga tiket bagi perjalanan 7, 8, 9 dan 10 Mei dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu meningkat kepada lebih RM 200 – RM  300 sehala.

Ini bukan lagi kerja menangguk di air keruh. Tapi terus pakai racun tuba! Dalam keadaan ekonomi yang serba menekan, untuk tiket kapal terbang sahaja sepasang suami isteri perlu belanja sekitar RM 1 ribu untuk pergi dan balik mengundi.

Hambatan masa kerana hari mengundi di pertengahan minggu telah meletakkan kepayahan kepada perantau lantas pengangkutan udara menjadi pilihan. Kesedaran untuk balik mengundi terutama anak perantau yang memasang niat untuk balik mengundi PAS adalah sangat tinggi. Persoalannya kenapa SPR terlalu mengikut telunjuk mereka yang ingin terus mengekalkan kuasa dengan mencipta kepayahan yang disengajakan untuk warga perantau menunaikan tanggungjawab mereka? Terang lagi bersuluh, undi perantau antara penyumbang besar kemenangan PAS. Lalu mereka mesti dipayahkan supaya tak balik mengundi.

Inilah yang dikatakan main ngelat. Kita cukup faham makna main mengelat. Biasanya bila lawan main mengelat, kita akan makin semangat nak lawan.

Lepas perancangan Umno dan SPR main mengelat dengan persempadanan baru, sekarang mereka main mengelat pula dengan mengundi hari kerja. Tapi lagi kamu main mengelat, lagi kita semangat nak lawan!

DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 11/4/2018

- Advertisement -