Pemuda Umno Felda Tonkin keluar parti

- Advertisement -

BANDAR JENGKA: Biar pun Umno dan BN mendabik dada mampu mempertahankan Pahang, sebaliknya 25 bekas pemuda Umno Felda Tonkin pula memilih PAS.

- Advertisement -

Felda terbabit merupakan kubu Umno di kawasan parlimen Kuala Krau.

Yang Dipertua PAS Kuala Krau, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, PAS terus mendapat sokongan orang ramai dan terbaharu 23 bekas ahli dan penyokong Umno.

Katanya, penyertaan bekas ahli Umno itu menyuntik semangat bagi menguatkan benteng PAS di Felda berkenaan.

Aktivis PAS Kuala Krau, Zukri Saleh pula berkata, perubahan sikap pemuda Umno merupakan satu kejayaan dakwah PAS sejak sekian lama.

“Penyertaan mereka merupakan satu kejayaan bagi PAS. Bekas pemuda Umno terbabit berani mereka mengubah pendirian politik bukan suatu yang mudah,” katanya di sini. (Foto: Roslan Md Esa menerima borang keahlian PAS di Felda Tonkin yang disampaikan Asrul.)

Wakil kumpulan pemuda Umno terbabit menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Bentong, Ustaz Roslan Md Esa sempena program ceramah baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 10/4/2018

- Advertisement -