Komited hapus cukai, tol: PAS ada pengalaman

- Advertisement -

BATU PAHAT: PAS yakin akan melaksanakan penstrukturan semula tol selain menghapuskan cukai yang membebankan rakyat seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika parti ini diberi mandat menerajui negara pada pilihan raya kali ini.

- Advertisement -

Ini kerana PAS memiliki pengalaman memerintah negeri Terengganu dan telah membuktikan tindakan menghapuskan tol dan cukai di negeri tersebut sebelum ini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apabila PAS memerintah Terengganu, tol di Jambatan Sultan Mahmud dihapuskan.

Beliau berkata demikian semasa program Gempur Johor Bersama Presiden PAS di Kompleks PAS Sungai Tongkang Rengit, malam tadi.

Beliau sebelum itu menerangkan harga minyak naik pada 2000, pendapatan Kerajaan Terengganu yang memiliki royalti petroleum lima peratus meningkat daripada RM800 juta hingga RM1 billion.

PAS juga menghapuskan cukai pintu rumah kediaman dan memberikan bantuan kemiskinan kepada rakyat Negeri Terengganu.

“Hapuskan cukai pintu rumah kediaman. Hotel, kedai, rumah sewa ada cukai, rumah kediaman tiada cukai, walaupun kita tahu penduduk bandar banyak orang Cina, tak kira Cina apa pun itu rakyat kita,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau dalam Perhimpunan Agung Umno, pemimpinnya membuat keputusan merampas royalti petroleum yang diberikan kepada negeri.

“Tak bagi pada Terengganu kerana tak ikut kerajaan pusat,” ujar beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS terpaksa mengambil jalan alternatif menaikkan cukai-cukai yang tidak membebankan rakyat seperti cukai industri, cukai kilang, cukai Petronas yang bertapak di Kemaman dan cukai balak, kata beliau.

“Sebenarnya kita merancang dengan hasil Terengganu boleh bantu Kelantan, bantu negeri-negeri lain, dilingkupkan kita di Terengganu,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa GST akan dihapuskan sekiranya PAS diberikan peluang memerintah negara disebabkan PAS mampu mengurus dengan baik dengan Kelantan dan Terengganu sebagai contoh. – HARAKAHDAILY 9/4/2018

- Advertisement -