Agenda penerangan dan kebajikan di Kg Meruntum

- Advertisement -
PUTATAN: PAS Kawasan Putatan mendekati penduduk dalam parlimen itu menerusi agenda penerangan dan kebajikan yang dilaksanakan di Kampung Meruntum, di sini kelmarin.
 
Menerusi program Kopi-kopi Bersama PAS siri ketiga yang diadakan itu, edaran risalah mengenai tawaran PRU14 disebarkan kepada penduduk dalam usaha meyakinkan mereka kepada PAS.
 
Ketika sama, PAS Putatan turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf atas tanggungjawab dan prihatin untuk terus membela nasib kehidupan mereka.
 
Sumbangan disampaikan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin yang turut menyampaikan penerangannya mengenai peranan PAS membawa dasar Al-Quran dan As-Sunnah dalam pemerintahan.
 
Beliau juga menerangkan usaha PAS menghapuskan beban dan masalah rakyat menerusi solusi Islam, selain mengingatkan mereka mengenai pemilihan pemimpin. -HARAKAHDAILY 9/4/2018
- Advertisement -