Warkah buat para amilin (Siri kedua)

- Advertisement -

APABILA gendang dipalu:

- Advertisement -

Berikan komitmen sepenuhnya untuk membantu parti dengan penuh keikhlasan kerana ini mungkin bantuan kita yang terakhir, kita tidak pasti apakah akan masih hidup lagi pada masa mendatang.

Persiapkan dan laksanakan tugasan dengan seluruh kekuatan yang kita miliki, perkemaskan saf, atur strategi dengan berkesan kerana hanya dengan itu kita akan mendapat pertolongan dari Allah S.W.T.

Allah S.W.T mengasihi hamba-Nya yang berjuang di dalam saf yang tersusun rapi, jangan bekerja ikut nafsu sendiri, laksanakan mengikut perancangan dan arahan organisasi dengan sempurna, pasti kita akan dikasihi Allah S.W.T.

Hasil kerja yang baik dan cantik pasti akan dapat menarik perhatian, maka bukan sahaja kuantiti, mesti juga utamakan kualiti, ia adalah fitrah, kerana mata manusia suka memandang sesuatu yang cantik begitu juga hatinya akan gembira dan tenang dengan kecantikan.

Komunikasi adalah medium yang sangat penting, maka sampaikan dengan cara terbaik, pelihara lidah atau kata-kata, kerana ia adalah alat paling berkesan untuk melunakkan hati dan ia juga paling tajam untuk melukakan hati.

Sentiasalah menguntum senyum biarpun penat, kerana senyum itu menyenangkan, serius itu membimbangkan dan bengis itu menakutkan, senyum itu merapatkan, serius itu merenggangkan dan bengis itu menjauhkan. Selamat berjuang.

ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang – HARAKAHDAILY 8/4/2018 

- Advertisement -