Sidang media PAS jawab isu

- Advertisement -

SIDANG media Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas tamat Forum Town Hall Mega, Kerajaan Teknokrat anjuran Pemuda PAS Malaysia di Hotel De Palma Shah Alam malam tadi.

- Advertisement -

MEDIA: Mengenai usul RUU 355 mungkin Tuan Guru boleh kongsikan mengenai selepas Parlimen dibubarkan usul RUU 355 tidak dapat bahaskan untuk kali kedua. Apa reaksi Tuan Guru sendiri mengenai ini?

PRESIDEN  PAS: Perlu diketahui usul RUU 355 ini usul persendirian, mengikut secara logikal usul ini bukan usul kerajaan terlalu payah, tidak mudah. Usul yang bukan kerajaan, perlu dapat sokongan untuk diizinkan. Setelah dapat sokongan barulah dibenarkan bawa usul ini. Setelah itu diundi, setelah diundi, menang maka dibenarkan usul dibawa, setelah dibawa dibahas dan diundi balik. 

Kita telah berusaha sejak tahun 1995, tak berjaya kerana mengikut peraturan Dewan (Dewan Rakyat) mesti sokongan diberi. Hendaklah mendahulukan usul kerajaan terlebih dahulu. Urusan kerajaan mestilah diutamakan, sekarang ini kita telah berjaya di peringkat awal. Usul ini telah diusulkan di serata negeri, hasil perundingan daripada Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Hasil rundingan dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran dan kita berjaya bawa usul ini, sekurang-kurangnya bila nak bawa, bila nak dibahas nak diundi sekali lagi hendaklah diutamakan agenda kerajaan. Itu bukan kerja kita. Kita telah berjaya di peringkat pertama, usul ini akan terus letak di situ pada Parlimen akan datang ini beri kerjasama dengan kita, kalau mereka menang boleh bawa dan kita rancang nak bawa sekurang-kurangnya menimbulkan kesedaran.

Apa yang menjadi masalah terutama di negeri usul ini berkait dengan Syariah Islam, mengikut Perlembagaan, Syariah Islam ini bidang kuasa terhadap orang Islam sahaja, sebab itu orang bukan Islam tak campur tangan. Sekarang dah jadi orang bukan Islam itu campur tangan. Yang campur tangan itu diketuai oleh DAP ini yang menjadi masalah. Dan DAP ini kita tahu mereka ini menentang dalam Pakatan Rakyat (PR), ini antara sebab-sebab yang menyebabkan kita (PAS) tidak boleh bekerjasama kerana tidak menghormati kerjasama (kita) dalam PR.

 

Dato’ rasa tertipu dengan Barisan Nasional sebab tak dapat bahas?

Tidak (rasa) tertipu. Kita telah bawa usul ini dalam Dewan Rakyat akan terus berada di situ cuma tunggu masa sahaja (bahas).

 

Dato’ adakah Dato’ bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi Gagasan Sejahtera (GS)?

Saya terserah perkara ini kepada rakyat yang akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya nanti. Serah kepada pimpinan, ya memang adat Islam bukan untuk mengejar jawatan tanggungjawab kita memilih siapa yang kita mahu, bukan kita pilih diri kita sendiri.

 

Laporan daripada Malaysia Dateline mengatakan pegawai Pejabat Agung PAS sahkan terima duit RM1.5 juta dakwa Mahfuz.

Bukan kita boleh beli Pejabat Agung PAS lebih daripada itu lagi, ini sumbangan daripada ahli-ahli PAS di seluruh negara. Kita telah ada ahli PAS ini ada satu juta di seluruh negara, bahkan ahli PAS yang bagi RM1 ada ahli PAS yang bagi RM10, bagi beribu dan ada ahli PAS yang bagi kita sejuta pun ada sekarang ini.

 

Jadi kata terima duit Umno itu macam mana, PAS Terengganu.

Itu rakyat fikir sendiri kita nak lawan Umno, Umno bagi kita (PAS) duit suruh kita lawan dia.

 

Ada tiga pemimpin daripada PAS iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Setiausaha PAS Terengganu dengan Bendahari Terengganu terima duit daripada pemimpin Umno sebanyak RM1 juta , lepas itu dia kata Umno juga bagi RM1 juta kepada Pejabat PAS, bulan lepas.

Kita nak letak 130 (kerusi) bertanding, 130 ini PAS akan tanding kawasan Umno banyak, jadi Umno bagi duit untuk kita lawan dia.

 

Maknanya Dato’ menafikan perkara itu?

Memang kita nafilah. Dan ada kes di England RM90 juta kita saman di mahkamah mengapa surat khabar England yang siar bukan surat khabar di sini, tak berani. Dan terang-terang kes ini Insha Allah kita akan menang dan sudah ada orang tengah pujuk kita tarik balik.

 

Dato’ akan ambil tindakan saman terhadap Mahfuz?

Saya rasa itu satu hujah kebudak-budakan yang kita rasa bodoh kalau kita layan. PAS ambil duit Umno untuk lawan Umno, cerdik ke hujahnya?

 

Dato’, dilaporkan anak saudara Dato’ akan lawan di Marang.

Saya tidak ada maklumat, tidak ada maklumat anak saudara saya nak lawan, tak ada maklumat. Apa yang saya tahu ialah anak saudara dari keluarga dari jentera parti dan keluarga memainkan peranan besar untuk menang dalam pilihan raya. Sejak tahun 1982, saya dah jadi Adun dan jadi ahli Parlimen sejak tahun 1990 dalam keadaan empat kawasan Adun satu Dun menang, Parlimen saya menang, tiga Dun kalah. Kalau anak saudara seorang saja tidak cukup.

 

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN: Saya nak buat tambahan dakwaan Mahfuz Omar. Beginilah jawapan kita, kalau dia merasakan apa yang dia kata itu betul dan ada unsur-unsur rasuah saya cabar dia buat report SPRM. Kalau dia rasa itu ada unsur rasuah, please lodge the report. Bukan kita nak menafikan, dia kena buktikan.

 

Ini berkenaan dengan PH semalam yang mengumumkan guna logo PKR untuk dipertanding, apa pandangan PAS sendiri?

Itu terpulang kepada mereka sendiri nak guna logo mana pun terpulang kepada mereka, itu bukan hak kita. Nak pilih logo DAP ke nak pilih logo PKR ke, nak pilih logo mana-mana terpulang kepada mereka, kita tak nak campur.

 

Dato’, esok Adun Paya Jaras akan mengadakan satu pengumumanlah dalam satu event, jadi apa yang Dato’ jangka, adakah Paya Jaras masuk ke PKR keluar PAS ke macam mana?

Kita pernah dalam sejarah Presiden PAS masuk Umno tahun 1980-an, Adun ini kecil sangat. Presiden PAS masuk Umno, pernah. Jadi PAS terus masih berkembang kalau akar umbi kita kuat kalau cantas pokok kalau akar pokok kuat satu dahan cantas 10 dahan boleh tumbuh lagi.

(Transkrip disediakan oleh Wartawan Harakah, NUR HASMIRA MOHAMAD) HARAKAHDAILY 8/4/2018

- Advertisement -