PAS yakin menang di Setiawangsa

- Advertisement -

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa yakin memiliki peluang cerah memenangi kerusi parlimen tersebut walaupun dijangka bakal berlaku pertandingan sekurangnya tiga penjuru di situ.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan berkata, konsisten PAS kepada dasar Islam dan penyelesaian dalam isu-isu kesejahteraan rakyat telah meningkatkan sokongan.

“Banyak faktor penentu sokongan (yang membawa kemenangan) antaranya komposisi kaum, kedudukan kawasan, parti-parti dan calon bertanding, isu-isu setempat, strategi kempen dan lain-lain.

“Tidak ada kerajaan lebih baik melainkan PAS yang cakna dan bersungguh-sungguh selesaikan masalah rakyat,” ujar beliau ketika merasmikan Markas Induk PAS Setiawangsa, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan melancarkan markas utama sebagai pusat pengumpulan tenaga kerja Petugas PAS dan aktiviti PRU14 itu di perkarangan Blok B8, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini.

Pada majlis yang turut diadakan doa selamat dan jamuan serta edaran risalah manifesto itu, beliau menyeru penduduk agar memberi undi kepada PAS supaya laluan untuk memerintah Malaysia dapat direalisasikan. – HARAKAHDAILY 8/4/2018

- Advertisement -