Sejarah Bukit Besi

- Advertisement -
SEJARAH Bukit Besi ini bermula dari sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ianya mendapat nama hasil dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ pada suatu ketika dahulu. Ia juga dikenali sebagai Bukit Batu Besi. 
 
Bukit Besi ini terletak dalam kawasan Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) termasuk dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau – Jabor.
 
Manakala sejarah kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun,  Mr Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916. 
 
Beliau mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut. Pada permulaannya, bijih besi diangkut dengan menggunakan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kampung Dendang. 
 
Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot melalui sungai. Syarikat Kuhara Mining Ltd yang bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927.
 
Lombong ini telah ditutup berikutan kandungan bijih besinya telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu. Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). 
Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. 
 
Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual Perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1,962,000 tan pada tahun 1940. 
 
Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
 
Dahulunya terdapat jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun untuk membolehkan syarikat Jepun mengangkut bijih besi untuk dieksport. Syarikat mengeksport bijih timah tersebut ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun, Terengganu.
 
Di Bukit Besi terdapat sebuah landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih-bijih besi itu. Inilah keunikan Bukit Besi (daerah Dungun) kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan keretapinya. Ketika itu Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin. Baginda lebih dikenali sebagai Marhum Haji.
 
Pada 1924, perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai telah mempunyai tanah di Terengganu. Dia bekerja dengan Nippon Yusen Kaisha di San Francisco dan datang ke Singapura pada 1918. Kemudian menjadi setiausaha kepada pengarah Muzium Perdagangan Jepun.
 
Perlombongan dibuka semula
 
Beberapa tahun kebelakangan ini, usaha melombong bijih besi mula mendapat perhatian. Ini kerana, perunding yang dilantik itu mengesahkan masih terdapat sebanyak lima juta metrik tan bijih besi di Bukit Besi, Dungun. 
 
Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah melantik tiga syarikat untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Sdn Bhd yang kesemuanya beralamat di Terengganu.
 
Perlombongan semula itu dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan. -HARAKAHDAILY 5/4/2018
- Advertisement -