RUU 355: MP Marang telah jalan tugas dengan baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) dengan mengikut prosedur yang dibenarkan.

- Advertisement -

Demikian kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Hari ini adalah hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga belas Dewan Rakyat yang bermula 5 Mac lalu.

Beliau berkata, rang undang-undang tersebut juga telah dibentangkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Dewan Rakyat.

Tambahnya, dalam hal itu, RUU 355 telah dapat dibentangkan, disokong dan tinggal dibahas serta dibuat keputusan sahaja.

“Marang telah menjalankan tanggungjawab beliau sebaik mungkin mengikut prosedur yang dibenarkan,” ujarnya lagi

Usul mengenai pindaan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dikemukakan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Presiden PAS itu diletakkan pada nombor dua mengikut aturan mesyuarat dan usul pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.. – HARAKAHDAILY 5/4/2018

serah

- Advertisement -