PAS NT semangat menangkan Dun Sg Acheh

- Advertisement -
NIBONG TEBAL: PAS Kawasan Nibong Tebal sedang menyiapkan persiapan pecutan terakhir sebagai langkah memenangi Dun Sungai Acheh yang bakal ditandingi pada PRU14 nanti.
 
Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Mohamad Ahmad berkata, untuk itu pihaknya akan menggerakkan supaya setiap Markas PAS beroperasi setiap malam selepas Isyak.
 
Beliau berkata demikian dan memaklumkan pelbagai pengisian akan turut diadakan ketika berucap pada Majlis Perasmian Markas UPU Permatang Tok Mahat, di sini kelmarin.
 
Markas tersebut berada di kedudukan strategik berhadapan simpang lampu isyarat Hospital Parit Buntar menjadikan ia bersempadan tiga negeri selain Bandar Baharu, Kedah.
 
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan qasidah pelajar Maahad An-Najah Ar-Rabbaniah Taman Pekaka, serta bacaan Yaasiin pimpinan Ketua Urusan Ulamak PAS Nibong Tebal, Ustaz Rijaluddin Yahya.
 
Kemuncak acara adalah gimik menaikkan bendera PAS yang disempurnakan Ustaz Rijaluddin diikuti nyanyian lagu PAS dan laungan gema takbir membangunkan semangat sekalian hadirin.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Sungai Acheh, Nor Zamri Latiff menegaskan pentingnya kerjasama seluruh jentera bagi memenangi Dun tersebut.
 
Beliau menyeru ahli PAS hadir ke markas-markas bagi memeriah dan turut serta mengikuti pelbagai program dirancang disamp ing mengeratkan hubungan sesama ahli dan masyarakat. -HARAKAHDAILY 4/4/2018
- Advertisement -