Korea, China sertai Karnival Bio Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Peminat durian kunyit berpeluang mendalami mengenai spesis pokok terbabit yang akan dibincangkan pada Karnival Antarabangsa Bio Kelantan.

- Advertisement -

Karnival terbabit yang bertema ‘Bioteknologi: Anugerah Ilahi Untuk Semua’ diadakan bermula hari ini hingga 8 April diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, pakar dalam bidang penanaman durian kunyit dijemput khas mendedah potensi pokok tersebut.

Katanya seminar mengenai durian kunyit akan diadakan sempena karnival terbabit yang berpotensi dikomersialkan.

“Selain itu seminar penternakan naimbif, kecantikan, kesihatan dan penggunaan herba juga diadakan. Aktiviti lain yang diadakan termasuk pertandingan inovasi dan bio grafiti.

“Sebanyak 24 agensi dan syarikat swasta tempatan dan antarabangsa menyertai program terbabit. Pesertanya dari luar negara seperti Thailand, Korea dan China juga hadir sama,” katanya di sini.

Karnival terbabit turut diadakan Anugerah Inovasi dan Tokoh Bio Kelantan. – HARAKAHDAILY 4/4/2018

- Advertisement -