PAS Pasir Gudang giat dekati pengundi

- Advertisement -
PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan khidmat cuci kenderaan percuma di perkarangan Bilik Gerakan Dun Johor Jaya, di sini pagi kelmarin. 
 
Manakala pada sebelah malamnya diadakan  santai anak muda yang bermula dengan konvoi motosikal dari Taman Rinting ke Taman Johor Jaya dan menikmati BBQ di situ.
 
Program-program tersebut dalam usaha PAS Pasir Gudang menggiatkan usaha mendekati pengundi, selain terus menyampaikan penerangan semasa mengenai PAS menjelang PRU14.
 
Sementara pada keesokannya, juga diadakan konvoi motosikal sempena kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.
 
Beliau hadir bagi menyempurnakan perasmian Bilik Gerakan PAS Cawangan Nusa Damai yang turut dihadiri Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd dan Ab Aziz Abdullah. -HARAKAHDAILY 3/4/2018
- Advertisement -